Assalamualaikum,
Secara kebetulan sahaja blog ini terhasil. Tiba-tiba jer terfikir nak buat satu blog khas untuk anak tersayang, Abang Zulkarnain nama diberi.
Aku berharap blog ini akan terus ku update untuk bacaan di kemudian hari. Cerita dalam blog ini tidak terhad hanya kepada Ejul (nama panggilan) sahaja malah aku akan selitkan sekali entry berkaitan kami anak-beranak.
Bagaimanakah agaknya kalau blog ini dibaca oleh Ejul sendiri bila dia besar nanti. Hahaha.. Jangan marah mummy k. Ini adalah seperti album digital mummy untuk kenangan sampai bila-bila. InsyaAllah.. Manalah tahu Ejul akan ganti mummy untuk sambungan entry seterusnya barangkali. Mesti best kan..
Dengan adanya blog ini, aku nak letak gambar Ejul dari hari pertama dia dilahirkan sehinggalah yang terbaru. Saat mengandungkan dia pun akan diletakkan jugak. Hasrat untuk buat blog ini akhirnya tercapai jugak pada 1 Mac 2011... :)
the picture off the baby is soo cute, masha'allah! :)
ReplyDelete